Monday, December 1, 2014

Masalah Anemia atau kurang darah terutama ketika hamil



Qaseh Gold membantu Masalah ANEMIA / KURANG DARAH
Qaseh Gold membantu masalah Anemia / Kurang Darah





ANEMIA

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

 Sel darah merah.
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.

Sel darah putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.

Platlet dan plasma
Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.

Tanda-Tanda Anemia
Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas,  Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.

Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
Badan kurang menghasilkan sel darah merah
Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

Faktor Penyebab Anemia
a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:
  • Masalah kekurangan zat besi
  • Kehilangan darah
  • Keracunan logam.
  • Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
  • Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
  • Penyakit haemofilia
b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)
Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. 

Untuk Mengelak Anemia


Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).
Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.


ADAKAH SESETENGAH WANITA LEBIH BERKEMUNGKINAN MENGALAMI ANEMIA SEMASA HAMIL?

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.

Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anemia. . 

 BAGAIMANAKAH ANEMIA DIRAWAT?
Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi.

Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.

Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjada masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.

ADAKAH ANEMIA YANG SAYA ALAMI INI MENJEJASKAN KESIHATAN BAYI SAYA?
Melainkan anda menghidap anemia yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.


Tahukah Anda?

• anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
• bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

APA KATA KITA KEMBALI SEMULA KEPADA PEMAKANAN SUNNAH. KITA AMALKAN SELALU INSYAALLAH ANDA SIHAT.

Jom berikhtiar dengan Qaseh Gold
 Untuk info lanjut sila WA 012 6 8 9 8 4 8 7

No comments:

Post a Comment

Terima Qaseh atas komen anda

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...