Showing posts with label Makanan Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Makanan Sunnah. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Rahsia Saya Memastikan Seisi Keluarga Mengamalkan Makanan Sunnah


QASEH GOLD by ANA EDAR


Ada orang kata daripada makan Qaseh Gold baik kita makan makanan sunnah yang asli...

Saya tak cakap pun tak elok makan madu, kurma, delima, buah tiin, minyak zaitun, habbatus sauda, zaafaran, gam arab etc secara berasingan...dapat amalkan semua nya secara berasingan hari-hari adalah sangat baik...

TETAPI,

Bayangkan anda seorang ibu yang mempunyai anak2..pagi2 dah sibuk uruskan anak2 ke sekolah, agak2 anda ada masa ke nak amalkan semua nya tu secara konsisten...hari ni mungkin ya...esok lusa belum tentu dapat makan semua...

Tu belum lagi nak ajak suami dan anak2 makan...yang mempunyai macam2 ragam kan...

SEBAB ITU

Anda (isteri), suami dan anak2 perlu amalkan Qaseh GOLD supaya anda sekeluarga dapat amalkan makan makanan sunnah dalam kehidupan harian secara konsisten...

2 sudu pagi & 2 sudu malam....lebih mudah untuk diamalkan kan???

Qaseh Adinda - isteri
Qaseh Kekanda - suami
Qaseh Premier - warga 40-an
Qaseh Junior - anak2
&
Mineral SOLE utk semua!!!

Qaseh Gold memudahkan pengambilan makanan sunnah secara konsisten!!!


Qaseh Gold mengandungi makanan kegemaran Rasulullah s.a.w, bila lagi kita nak amalkan? Jom try Qaseh Gold. Sekali rasa pasti nak lagi !!

Selamat beramal..

 
Rahsia Keluaga Sihat dengan Qaseh Gold
BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM QASEH GOLD
AIR ZAM-ZAM : air terbaik dunia, paling suci, bersih, berkualiti ,kaya mineral

KURMA : pelbagai khasiat & nutrisi untuk tubuh & emosi

MADU : dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia...(An-Nahlu:69)

HABBATUS SAUDA : penawar segala penyakit (riwayat bukhari)

DELIMA : antioksidan tinggi untuk mencegah kanser, juga baik untuk kecantikan tubuh wanita

BUAH ZAITUN : buahan yang disebut dalam Al-Quran (an-Nur ayat 35)

ZA'FARAN : Raja segala rempah kerana harganya sangat mahal setanding harga emas pasaran!

ARABIC GUM : mengandungi prebiotik semulajadi yang baik untuk perut

BUAH TIIN : Allah bersumpah dengan buah tiin di dalam Al-Quran, bermaksud padanya ada tanda-tanda kebesaran Allah

Prevention Is Better Than Cure: Sunnah Drink Qaseh Gold.

Mahalkah Qaseh??
Tahukah anda nilai "mahal" itu tidak akan wujud lg bila kita sakit????
Tahukah anda dlm sebotol Qaseh tu ade brape jenis makanan sunnah???
Tahukah anda dlm sebotol Qaseh itu dpt merawat 1001 penyakit???
Tahukah anda Qaseh dikilangkan secara IMP(Islamic manufacturing Practise)??
Tahukah anda dengan mengamalkan Qaseh kita dpt makan makanan sunnah setiap hari n memudahkan pengambilan makanan sunnah???
Apa yg saya tahu...Qaseh ini mmg terbaik untuk keluarga saya n insyaALLAH terbaik untuk keluarga anda juga!!!DI jamin puas hati!!!

 Whatsapp Saya ye 012 6898487 utk info lanjut...


Friday, September 11, 2015

KESIHATAN TERJEJAS AKIBAT JEREBU; JOM BERIKHTIAR DENGAN QASEH GOLD





JEREBU oh JEREBU!!!

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.  Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.


Selain daripada warga emas dan kanak-kanak, para penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu dan diserap ke dalam darah.
  
  



Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi persafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.


Kajian menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, peningkatan jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah nafas, batuk-batuk dan iritasi mata semasa keadaan berjerebu. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu.

Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit-penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu bagi mengelakkan keadaan kesihatan mereka menjadi lebih teruk.

Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik:
§       Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
§ Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
§   Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari.  Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
§       Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.
§       Lakukan senaman di dalam rumah.
§       Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
§       Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.
§       Jangan merokok.
§    Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah.



Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.

PALING PENTING MINUM AIR 8 GELAS SEHARI. CAMPURKAN AIR ANDA DENGAN MINERAL SOLE, SUPAYA ANDA DAPAT ZAT YG MENCUKUPI. 


ANDA JUGA BOLEH AMALKAN QASEH GOLD UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUN DALAM BADAN ANDA. YANG DIPERKAYA DENGAN MAKANAN SUNNAH , HALALAN & TOYYIBAH...

WA 012 6898487 UNTUK INFO LANJUT

Thursday, August 20, 2015

Khasiat Ramuan Makanan Sunnah - PART 2


Antara ramuan hebat dan khasiat yang terdpt dlm Qaseh Gold

Ramuan utama Qaseh Gold

MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun cukup pupular di negara Mediterranean & merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik.
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupa melindungi sel tubuh daripada kerosakan.
mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

DELIMA
Antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Kaya dengan vitamin & mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yan rosak akibat radikal bebas.

AIR ZAM-ZAM
Air yang penuh keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit.
Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dpat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

ZA'FARAN
Dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan.
Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium potassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat.
Baik untuk membantu melegakan masalah asthma, insomnia, batuk, kemurungan & penghadaman.
WA 012 6898487 utk info lanjut

Tuesday, June 16, 2015

Khasiat Ramuan Makanan Sunnah - PART 1


Ramuan utama Qaseh Gold

KURMA

Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam! Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda.

Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tinggi di kalangan buah-buahan kering.

Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

MADU

Dalam surah An Nahlu ayat 69, Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkalkan lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat.

Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga!

Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

HABBATUSS SAUDA'

Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan habbatus sauda sebagai menjadi penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati.

Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asthma, bronkitis, enczema, alahan & batuk.

BUAH TIIN

Buah yang enak dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin & pastinya mempunyai nilai kesihatan yang tinggi.

Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan.

Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsang kuasa otak.

Wednesday, February 4, 2015

Qaseh Gold mengandungi anti oksidan & anti bakteria


Kajian mendapati bahawa Makanan Sunnah adalah supplement terbaik keran mempunyai ciri-ciri berikut :



ANTI OKSIDAN

Anti Oksidan berfungsi membantu meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel dan meningkatkan kuasa sistem imun tubuh.
Kebaikan Anti Oksidan :
Mengekalkan perjalanan darah yang baik kepada organ tubuh.
Awet Muda.
Mencegah penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit jantung
Mempercepatkan penyembuhan luka.
Menguatkan sistem imun.
Mengawal tekanan darah.
Menjadikan tubuh sihat dan bertenaga.

ANTI BAKTERIA

Berupaya menyelesaikan masalah yang berpunca daripada bakteria seperti selsema, batuk, tonsil ,resdung dan banyak lagi.

Energy & Mind Booster

Makanan yang kaya dengan glukos dan fruktos.
Makanan yang membantu memperbaiki perjalanan darah.
Kaya dengan mineral Zat besi, potasium, magnesium.
Dapat menstabilkan mood dan memperbaiki kualiti tidur.


Wednesday, January 21, 2015

Kelebihan Makanan Sunnah & Qaseh Gold



KELEBIHAN, KEISTIMEWAAN & KEBERKATAN  MAKANAN SUNNAH DALAM 1 BOTOL

QASEH GOLD merupakan formulasi makanan sunnah iaitu madu (honey), kurma (kurma), zamzam (zamzam water), habbatus sauda (black seed), delima (pomegranate), tiin (fig) dan zaitun (olive) yang digabungkan di dalam satu botol.

Setiap bahan yang terkandung dalam Qaseh Gold memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pengambilan gabungan ekstrak makanan sunnah ini melalui Qaseh Gold bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, Inshaa Allah



Apa Ramuan Qaseh Gold

Air Zam Zam (Zamzam Water) terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kerana ia mengandungi kandungan Kalsium, Garam Magnesium dan juga fluorida semula jadi yang tinggi merangkumi tindakan yang memadam rembasan penyakit. 


Nabi S.A.W. berkata: "Air yang terbaik di muka bumi ialah air Zamzam, ia adalah sejenis makanan dan penyembuhan dari penyakit."

Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk.

Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.

Delima (Pomegranate) adalah salah satu buah yang paling padat nutrien untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anti-oksida yang kuat sebatian fitonutrien di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran darah, tetapi juga telah terbukti untuk menghalang pelbagai pelbagai sel-sel kanser.

Dari Ibn 'Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari."


Zaitun (Olive) adalah sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik. Polifenol semulajadi dalam Zaitun membantu untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak.

Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, " Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana ada penawar untuk tujuh puluh (70) penyakit di dalamnya, [dan] salah satu daripadanya adalah kusta."


Buah Tiin (Fig) mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi di kalangan semua buah-buahan. Ia kaya dengan serat, tembaga, mangan, kalsium, vitamin K dan sumber yang baik flavonoid dan polifenol termasuk asid Gallic, asid chorogenic, asid syringic dan rutin.

Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”


Kurma (Dates) sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain) , asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan.

Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."


Habbatus Sauda atau Jintan Hitam (Black Seed ) mengandungi pelbagai komposisi kimia yang terdiri daripada crytalline nigellone, 15 asid amino, alkaloid, saponin, protein, karbohidrat, yang mana ianya mineral penting yang membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut dan kesihatan usus, buah pinggang dan fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan, dan untuk kesihatan keseluruhan badan.

Dari Abu Hurairah R.A., Nabi s.a.w. berkata, "Habatus Sauda adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Al Saam (kematian)."


KEBAIKAN & KHASIAT MAKANAN SUNNAH
  • Membantu merawat penyakit buasir, gout, penyakit kusta, kista, fibroid, buah pinggang, masalah hati, masalah jantung, masalah peredaran darah dan banyak lagi ....
  • Mempunyai pelbagai vitamin dan garam mineral baik yang diperlukan badan
  •  Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
  •  Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
  •  Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
  •  Menghilangkan letih dan lesu badan
  •  Melancarkan pengaliran tekanan darah
  •  Meningkatkan ketahanan badan dari penyakit seperti jantung dan kanser
  • Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migrain
  • Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu menguatkan ingatan
  • Membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut, usus, buah pinggang, fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan badan
  • Memberi tenaga sepanjang harian
  • Awet muda
  • Membantu merawat pelbagai lagi jenis penyakit..

INSHA AALLAH.. jika di amalkan pengambilan Makanan Sunnah ini setiap pagi dengan (i) Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan (ii) Niat untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W Insha Allah kita akan peroleh berlipat kali ganda kelebihan dan keistimewaan yang tertulis di atas.


Monday, December 1, 2014

Masalah Anemia atau kurang darah terutama ketika hamil



Qaseh Gold membantu Masalah ANEMIA / KURANG DARAH
Qaseh Gold membantu masalah Anemia / Kurang Darah





ANEMIA

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

 Sel darah merah.
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.

Sel darah putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.

Platlet dan plasma
Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.

Tanda-Tanda Anemia
Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas,  Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.

Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
Badan kurang menghasilkan sel darah merah
Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

Faktor Penyebab Anemia
a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:
  • Masalah kekurangan zat besi
  • Kehilangan darah
  • Keracunan logam.
  • Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
  • Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
  • Penyakit haemofilia
b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)
Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. 

Untuk Mengelak Anemia


Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).
Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.


ADAKAH SESETENGAH WANITA LEBIH BERKEMUNGKINAN MENGALAMI ANEMIA SEMASA HAMIL?

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.

Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anemia. . 

 BAGAIMANAKAH ANEMIA DIRAWAT?
Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi.

Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.

Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjada masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.

ADAKAH ANEMIA YANG SAYA ALAMI INI MENJEJASKAN KESIHATAN BAYI SAYA?
Melainkan anda menghidap anemia yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.


Tahukah Anda?

• anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?
• bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

APA KATA KITA KEMBALI SEMULA KEPADA PEMAKANAN SUNNAH. KITA AMALKAN SELALU INSYAALLAH ANDA SIHAT.

Jom berikhtiar dengan Qaseh Gold
 Untuk info lanjut sila WA 012 6 8 9 8 4 8 7

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...