Gastrik
oh Gastrik!
![]() |
Pernahkah anda rasa mual atau rasa panas membakar atau
ketidakselesaan pada bahagian atas ulu hati? Atau adakah anda sering mengalami
rasa kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan biarpun
selepas makan sedikit? Ini mungkin antara tanda-tanda seseorang menghidapi
gastrik.
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis
penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut. Lazimnya, keradangan
berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut
menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Amalan pemakanan yang
tidak sihat atau tidak teratur, pengambilan sesetengah ubatan serta tekanan
hidup turut dikaitkan dengan masalah gastrik.
Sebenarnya, masalah gastrik asid berlebihan ini adalah susah
untuk ditangani. Ini adalah kerana ia boleh menyerang anda minggu ini dan
kemudian hilang untuk beberapa minggu dan datang kembali secara tiba-tiba.
Terdapat pelbagi faktor yang menyebabkan masalah gastrik asid,
ada yang mengatakan bahawa ia adalah berpunca daripada cara permakanan, ada
pula yang mengatakan ia berpunca daripada jangkitan bakteria dan sebagainya.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
Kerap
sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat
makan nasi.
Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Kembalilah Kepada Makanan Sunnah Sebagai Penawar
Semulajadi!
Keajaiban makanan sunnah sebagai penawar kepada tubuh badan
manusia telah jelas diperakui dan diiktiraf dalam al Quran dan hadis Nabi
Muhammad SAW lebih 1400 tahun dahulu.
Antara makanan sunnah yang disebut secara khusus oleh Allah dan
Baginda Rasul SAW ialah madu (surah an Nahlu:69) dan kurma (surah
Maryam:23-26). Kajian saintifik terhadap makanan sunnah ini seterusnya
mempamerkan penemuan-penemuan hebat yang sangat bernilai sebagai khazanah
perubatan alternatif dan penawar semulajadi!
Jom berikhtiar dgn pemakanan sunnah Qaseh Gold.Seribu khasiat
hanya dalam satu botol!
Mudah.Murah.Mujarab.
pm/sms/ws/tele 012 6898487

No comments:
Post a Comment
Terima Qaseh atas komen anda