![]() |
Qaseh Beautierule & Masalah Senggugut |
FAKTA MENGENAI SENGGUGUT
Anda
mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan anda
betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia
berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke kelas atau
kerja.
Apa
itu senggugut?
Senggugut
atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan
yang anda alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari
pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali anda period. Untuk
sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya,
cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.
Haid normal yang
sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut
sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah
haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut primer
adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk
mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran
darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita
‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku
pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh
mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum
haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku
dengan
- rasa lenguh dan sakit di bahagian
bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara
‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
- Kadang-kadang ia bersama Simtom
Pramensus (PMS), seperti ;
- tegang pada payu
dara
- pening kepala ,
- rasa ‘pitam’
- perut kembung
- mual(50%) dan
muntah(25%).
- sembelit atau
ceret-beret (35%)
- tekanan emosi;
merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya
melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar
dengan lancarnya sakit pun hilang
No comments:
Post a Comment
Terima Qaseh atas komen anda