Tuesday, June 16, 2015

Khasiat Ramuan Makanan Sunnah - PART 1


Ramuan utama Qaseh Gold

KURMA

Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam! Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda.

Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tinggi di kalangan buah-buahan kering.

Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.

MADU

Dalam surah An Nahlu ayat 69, Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkalkan lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat.

Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga!

Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

HABBATUSS SAUDA'

Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan habbatus sauda sebagai menjadi penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati.

Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asthma, bronkitis, enczema, alahan & batuk.

BUAH TIIN

Buah yang enak dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin & pastinya mempunyai nilai kesihatan yang tinggi.

Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan.

Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsang kuasa otak.

No comments:

Post a Comment

Terima Qaseh atas komen anda

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...