Monday, April 18, 2016

Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Keputihan ?


Keputihan atau lelehan lendir yg keluar dr faraj pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dgn yg lain. Ia terbahagi kpd 2 iaitu keputihan normal dan abnormal.


Keputihan biasanya bewarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya jika lelahan lendir itu tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan, maka ia adalah normal dan tiada jangkitan. Manakala jika sifatnya berlendir dan tidak beku spt susu basi, atau berbau hanyir serta mengalami kegatalan, ia adalah abnormal dan menandakan terdapatnya infeksi.
Qaseh Beautierule & Masalah Keputihan

Menurut Dr Zubaidi dlm blognya, keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dr lubang faraj. Secara biologi, keputihan akan berlaku pada sekitarnya pada sebelum haid bagi setiap wanita, Lendir pada faraj berfungsi melindungi sel drpd kerosakan dan kekeringan.
Pengeluaran lendir faraj yg berlebihan adalah disebabkan oleh paras hormon estrogen dan progestron dalam darah yg tidak seimbang.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan. Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu.
Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan. Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.

Dengan mengamalkan Qaseh Gold Adinda secara istiqomah, insyaAllah masalah keputihan boleh dikurangkan dan seterusnya akan hilang.

No comments:

Post a Comment

Terima Qaseh atas komen anda

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...