KHASIAT BUAH TIN DI DALAM QASEH GOLD
Buah Tin dan 1001 rahsia kesembuhan yang ada padanya dan
salah satunya adalah BUASIR
![]() |
| Buah Tinn membantu masalah Buasir |
Apa itu buasir?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di
bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi
radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada
lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai
simptom dan masalah yang berbeza.
Buasir dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum.
Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa
kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar
dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau
ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur
(lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa
membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada
orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa
panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang
tersumbat oleh darah beku.
Mengapa buasir terjadi?
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh
terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat
pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan
dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita
mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan
ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang
berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau
selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan
tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur
dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.
![]() |
| Qaseh Gold & Buasir |
Buah Tinn & Qaseh Gold
Allah bersumpah atas nama buah TIN!!surah At-Tin (surah ke 95 dalam
Al-Quran)..
Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat
membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya.
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa
Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW
bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga,
nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh
itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta
bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
KERANA keistimewaannya
Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui
pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40
hari adalah:
a)
Membersihkan buah pinggang dan rawatan
buah pinggang yang rosak
b)
Mengurangkan kepanasan badan ketika
demam.
c)
Memecahkan batu karang di dalam badan.
d)
Menyegarkan badan yang lesu.
e)
Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
f)
Rawatan buasir.membantu mengurangkan
bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya.
g)
Meredakan sakit kulit seperti ruam,
panau dll.
h)
Rawatan penyakit GOUT
i)
Mengurangkan batuk yang berpanjangan dan
melapangkan dada.
j)
Membersihkan hati (kidney) dan
jantung
k)
Membersihkan lendir dalam usus
l)
Membantu melawaskan kencing
m) Menyembuhkan penyakit bengkak
telinga
Mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi
kanak-kanak.
WA 012 6898487 untuk info lanjut


No comments:
Post a Comment
Terima Qaseh atas komen anda