Friday, September 11, 2015

KESIHATAN TERJEJAS AKIBAT JEREBU; JOM BERIKHTIAR DENGAN QASEH GOLD





JEREBU oh JEREBU!!!

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.  Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan.


Selain daripada warga emas dan kanak-kanak, para penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam peparu dan diserap ke dalam darah.
  
  



Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi persafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang daripada 100.


Kajian menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, peningkatan jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, peningkatan kejadian susah nafas, batuk-batuk dan iritasi mata semasa keadaan berjerebu. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu.

Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit-penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu bagi mengelakkan keadaan kesihatan mereka menjadi lebih teruk.

Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik:
§       Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100
§ Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Walaubagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah nafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular.
§   Minum air kosong yang cukup, iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari.  Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes.
§       Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor.
§       Lakukan senaman di dalam rumah.
§       Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti.
§       Pastikan anda memberitahu keberadaan anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi dan dapat membantu jika anda mengalami masalah kesihatan.
§       Jangan merokok.
§    Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah.



Diharap langkah-langkah diatas dapat membantu para pesakit kronik untuk menghadapi keadaan berjerebu ini.

PALING PENTING MINUM AIR 8 GELAS SEHARI. CAMPURKAN AIR ANDA DENGAN MINERAL SOLE, SUPAYA ANDA DAPAT ZAT YG MENCUKUPI. 


ANDA JUGA BOLEH AMALKAN QASEH GOLD UNTUK MENINGKATKAN SISTEM IMUN DALAM BADAN ANDA. YANG DIPERKAYA DENGAN MAKANAN SUNNAH , HALALAN & TOYYIBAH...

WA 012 6898487 UNTUK INFO LANJUT

No comments:

Post a Comment

Terima Qaseh atas komen anda

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...