Thursday, March 30, 2017

Tahukah anda apa itu JAMU?

Info JAMU
Part 1


Homemade Jamu Warisan Turmeric Juice

Himpunan pelbagai tumbuhan herba yang di dapati di sekitar alam sekeliling yang di satukan, digaul bersama lalu dimasak agar sebati.
Semua aktiviti itu dikenali sebagai meramu, dari situ, khasiat dari himpunan tumbuhan itu dikumpulkan agar sebati sebagai penawar atau ubat. Secara kesimpulannya, Jamu bermaksud ramuan pelbagai tumbuhan dari alam sekitaran. (Menurut kaedah jawa)
Pengambilan jamu dalam kalangan masyarakat diamalkan sejak kecil sehingga mereka meningkat dewasa.
Bukan wanita yang bersalin sahaja perlu mengamalkan makan jamu, para-para remaja perlu mengamalkan pemakan jamu untuk memelihara tubuh supaya tidak dimamah usia pada awal waktu.
“Seharusnya remaja mengambil jamu untuk jaminan kesihatan dan kekuatan tubuh badan ketika menginjak dewasa kelak. Apabila remaja sudah dididik dengan pengambilan jamu, tubuh menjadi bertenaga dan memudahkan mereka bergerak aktif dalam kehidupan seharian,”namun situasi ini sukar dilihat di negara kita.
Rata-rata golongan wanita hanya sibuk mengambil dan mencari jamu ketika dalam proses berpantang bersalin.
“Sebaik saja selesai tempoh berpantang, pengambilan jamu sudah tidak dipedulikan lagi. Ini kerana segelintir wanita berpendapat badan mereka sudah cukup kuat dan bertenaga semula,” Secara umumnya, jamu ialah penawar tradisional yang turut dikenali dengan sebagai herba.
Ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat tersendiri. Antaranya ramuan akar-akar pokok, daun, kulit, batang dan buah. Bahan-bahan itu akan diadun bagi mendapatkan jamu dalam bentuk kaplet, serbuk atau cecair.
Rasanya yang pahit kadangkala mendorong pengguna mencampurkan sesudu madu lebah.
Secara tidak langsung generasi muda lebih gemar mengambil ubat-ubatan moden yang tidak mengeluarkan bau.
Namun jangan khuatir kerana pada hari ini, jamu juga ada dalam bentuk cecair yang mudah ditelan dengan perbanyakkan meminum air kosong.

No comments:

Post a Comment

Terima Qaseh atas komen anda

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...