Masalah asma di kalangan anak-anak |
Asma di kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit ini semakin menular dan lebih serius di kalangan kanak-kanak.
Serangan asma boleh tergolong kepada serangan yang tidak serius,
sederhana hingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa. Serangan asma adalah
sebab utama/punca kanak-kanak dimasukkan ke hospital.
Asma terjadi kepada kanak-kanak sama ada mereka mempunyai sejarah asma
dikalangan ahli keluarga ataupun tidak. Kanak-kanak yang ada sejarah asma di
kalangan ahli keluarga dan penyakit alahan lain seperti ekzema, allergic
rhinitis dan demam alah (hay fever)
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat asma.
Asma & Qaseh Gold Junior |
Dengan Qaseh Junior, penggunaa neb berkurangan dan asma semakin pulih, insha Allah!
Apakah itu asma?
Asma adalah satu penyakit radang sistem pernafasan yang kronik, di mana salur pernafasan menjadi:
- Merah.
- Bengkak.
- Menghasilkan lendir berlebihan.
- Mudah terangsang (hypersensitive).
Apabila terdedah kepada rangsangan atau faktor pencetus, salur pernafasan menjadi sempit dan ini menyebabkan kesukaran bernafas.
Tahap serangan asma berubah mengikut masa bergantung kepada pendedahan terhadap pencetus dan ubat kawalan asma.
Apakah faktor pencetus?
Ada beberapa faktor pencetus yang menyebabkan gejala
asma. Ada faktor pencetus yang biasa kepada semua pengidap asma, manakala ada
antaranya bergantung kepada individu tersebut. Antara faktor pencetus asma
adalah:
- Jangkitan
virus pada sistem pernafasan.
- Merokok.
- Perubahan
cuaca.
- Alahan
pada debunga seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.
- Senaman.
- Bahan
perangsang seperti minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.
- Makanan
dan perasa tambahan makanan.
- Ubat
seperti aspirin atau lain-lain ubat tahan sakit (NSAIDs atau pain killer).
- Emosi.
- Gastro-oesophageal
reflux (Pengaliran asid dari dalam perut ke atas).
Apakah gejala asma?
Gejala utama adalah:
- Batuk.
- Batuk
di waktu malam (waktu tidur).
- Rasa
ketat di dada (nafas berbunyi seperti wisel).
- Susah
bernafas.
Apakah tanda-tanda asma?
- Sebahagian
dari kanak-kanak tiada tanda perubahan fizikal semasa bebas dari serangan
asma.
- Dada
berbentuk dada burung (Barrel-shape chest) dapat dielakkan sekiranya asma
dapat dikawal dengan baik.
- Adanya
tanda-tanda penyakit ekzema dan resdung (allergic rhinitis) juga menyokong
diagnosa asma.
Tanda kelihatan lebih jelas sewaktu
serangan asma. Kanak-kanak mungkin mengalami:
- Nafas berbunyi (Audible wheeze).
- Susah untuk menghembus nafas
(breath out).
- Nafas laju.
- Denyutan jantung cepat.
Serangan yang teruk menyebabkan kanak-kanak :
- Kelihatan
gelisah.
- Letih
lesu.
- Bimbang.
- Kulit
berpeluh dan sejuk.
- Warna
kebiruan pada bibir dan kuku.
- Penurunan
pada bacaan peak flow berbanding kadar bacaan peak flow terbaik individu tersebut
(predicted value or personal best).
Sasaran rawatan
- Untuk
menghilangkan dan mengawal gejala asma.
- Mengelak
serangan asma.
- Mempunyai
kualiti hidup yang baik.
- Berupaya
menyertai acara sukan.
- Menghalang kemusnahan tisu
paru-paru.
- Mengelakkan kematian.
No comments:
Post a Comment
Terima Qaseh atas komen anda