Tuesday, October 6, 2015

Bagaimana Mengatasi Masalah Cacing di kalangan kanak-kanak

Masalah Cacing di kalangan Kanak-kanak

CARA MENCEGAH, MENGATASI DAN SIMTOM2 SERANGAN CACING KEPADA ANAK ANDA!
Jangkitan cacing pada kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak kurang selera makan, berat badan menurun, pertumbuhan kanak-kanak terencat, sistem ketahanan badan kurang, kanak-kanak mudah demam dan mengalami bengkak kelenjar yang berulang-ulang.
Sehubungan itu, mencuci tangan dengan sabun dan air setiap kali sebelum dan selepas makan serta basuh buah-buahan segar sebelum anak anda makan. Jangan lupa pastikan anak anda memakai selipar atau kasut setiap kali berjalan keluar dari rumah selepas keluar dari tandas dan mencuci seluruh badan menggunakan sabun setiap kali mandi.



Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.
Sistem imun kanak-kanak yang tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan. Jangkitan cacing juga boleh diperolehi dari haiwan peliharaan anda seperti kucing atau anjing dengan hanya menyentuhnya (jangkitan melalui kulit).

Tanda-tanda kecacingan:-
a)    Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
b)    Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
c)    Gatal sekitar lubang najis (dubur)
d)    Alahan terhadap makanan
e)     Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
f)      Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
g)    Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
h)    Tiada selera makan, pucat,
i)      Kurang berat badan walaupun selera makan ada
j)      Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
k)    Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
l)      Hiperaktif
m)  Sakit kepala
n)    Sensitif terhadap cahaya
o)    Gusi & hidung berdarah
p)    Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.


 Cara-cara mengelak jangkitan cacing

a)  -Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan
b)    Cuci tangan selepas keluar tandas
c)    Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
d)    Pakai kasut apabila keluar rumah
e)    Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
f)      Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai

Jenis-jenis cacing dan kesan sampingannya.
A) Cacing gelang
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
Penghijrahan cacing:
Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.
B) Cacing cemeti
Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum’ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.
C) Cacing kerawit
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung
Bahayakan cacing ni! Perlu ingat tau, walaupun kita orang dewasa, kita masih lagi perlu mengambil menjaga kesihatan kita.


Jom amalkan pemakanan sihat Qaseh Gold Junior untuk si manja anda. Qaseh Junior membantu melindungi usus dan sistem imun ank-anak dengan gabungan ramuan hebat.
Qaseh Junior membantu masalah cacing 



MENGAPA ANAK-ANAK KITA PERLU AMALKAN QASEH GOLD JUNIOR

TENAGA & MINDA
Berikan permulaan yang baik kepada anak-anak kita seawall usia 1 tahun dengan gabungan makanan sunnah Qaseh Gold Junior yang membantu menyihatkan tubuh, minda dan emosi. Berkonsepkan “Halalan Thoyyiban” iaitu halal lagi baik, Qaseh Gold Junior diperlengkapkan dengan gandingan makanan sunnah madu, kurma dan kismis yang terkenal sebagai agen mencerdaskan MINDA dan membekalkan TENAGA. Madu, kurma dan kismis kaya dengan glukosa dan fruktosa semulajadi yang dapat membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan serta merangsang fungsi otak untuk lebih cerdas, lebih daya tumpuan serta lebih peka. Selain daripada madu dan kurma, Qaseh Gold Junior turut menawarkan gabungan makanan minda lain yang tidak kurang hebatnya seperti badam, za’faran, gingko, air zam-zam, delima dan habbatus sauda’.

SERAT
Anak-anak seringg tidak mendapat SERAT yang mencukupi dalam menu seharian. Akibatnya, masalah sembelit sangat sinonim dengan mereka. Qaseh Gold Junior membekalkan serat tidak larut dan serta larut daripada kurma serta prebiotic semulajadi iaitu gam Arab yang membantu menyihatkan usus serta melegakan masalah sembelit in shaa ALLAH.

TUMBESARAN
Gabungan makanan sunnah & makanan terpilih seperti bayam, badam dan pegaga dalam Qaseh Gold Junior mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi. Nutrien-nutrien ini adalah sangat diperlukan untuk menyokong TUMBESARAN yang lebih sihat dan kuat in shaa ALLAH.

SISTEM IMUN
Anak-anak perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi diri dengan bermain, bergaul dan melibatkan diri dengan aktiviti luar. Pada masa yang sama mereka perlu diberi perlindungan agar tidak mudah dijangkiti penyakit. Gabungan makanan sunnah & makanan terpilih yang bercirikan anti bakteria dan anti oksidan dalam Qaseh Gold Junior berupaya membekalkan SISTEM IMUN badan yang lebih mantap dan kuat in shaa ALLAH.





WA 012 6898487 untuk info lanjut

No comments:

Post a Comment

Terima Qaseh atas komen anda

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...