Tuesday, November 3, 2015

Rahsia Keistimewaan Buah Tiin dalam Qaseh Gold


Ada satu Rahsia.. Tentang khasiat Buah Tin dan Zaitun.. antara bahan Qaseh Gold tu...
Khasiat Dan Kelebihan Buah dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia.
Seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini?
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya
Nabi pun turut sama makan.
Baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji.
Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”


Dapatkan khasiat buann Tinn dalam Qaseh Gold

Manfaat Buah Tin :
1. Kandungan Kalium, Omega 3 dan Omega 6 pada buah tin membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan Jantung koroner.
2. Buah Tin/ Ara kaya serat makanan, yang membuat mereka sangat efektif untuk program penurunan berat badan( Obesiti) .
3. Bahkan daun dari tanaman tin memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daun pohon tin/ ara dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.
4. Makan buah tin/ ara sebagai rutin harian dapat membantu mengurangi risiko kanser payudara.
5. Kandungan Coumarin pada buah tin , juga dapat mengurangi risiko Kanser Prostate.
6. Tryptophan, dalam buah tin/ ara, menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti insomnia.
7. Makan buah tin/ ara mengurangkan kelelahan , meningkatkan daya memori otak dan mencegah Anemia.
8. Serat larut yang terdapat pada buah tin disebut Pektin, dalam buah tin membantu dalam mengurangi kolesterol darah.
9. Bila diterapkan pada kulit, tin/ ara dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul.
10. Kerana kadar air yangj tinggi, tumbuk buah tin bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik dan membantu dalam mencegah dan menyembuhkan jerawat.
11. Buah tin kaya dengan kalsium dan kalsium alternatif yang sangat baik untuk terapi pengubatan orang-orang yang alergi terhadap produk susu.
12. Buah tin kaya dengan Phenol dan Benzaldehid alami sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunuh Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam tubuh manusia.
Moga is bermanafaat menambah pengetahuan anda...pm jika nak dapatkn stok meletopss Qaseh Gold...

Dapatkan khasiat buah tinn dalam Qaseh Gold hari ini!!

untuk tempahan / pertanyaan WA 012 6898487



Seribu khasiat buah tinn

Sejarah & Rahsia Keistimewaan Di Sebalik Buah Tiin (Figs)

Segala apa yang telah diciptakan dan dikurniakan oleh Allah mempunyai keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak nampak akan hikmahnya. Ramai di antara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada buah tiin atau nama latinnya Ficus Carica dan kepentingannya untuk kesihatan. Mungkin kerana buah tiin bukan berasal dari negara kita tetapi ia banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean.

Walaupun buah tiin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani.

Malah, di dalam Al Quran juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang buah tiin iaitu Surah At Tiin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tiin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1- 3). Jika direnung- renungkan, mesti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Quran. Ini mungkin kerana khasiat dan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah- buahan yang lain.
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. Membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan.

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya". (HR Abu Darda; Suyuti).

Seiring dengan hadis tersebut, ia juga dibuktikan dengan penemuan- penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tiin yang jarang diketahui dan diterokai. Buah tiin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Selain dari itu, ia juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah- buahan yang lain.

Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.
Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tiin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. 

Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.
Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tiin juga sesuai dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah tiin boleh dianggap sebagai buah yang seharusnya diambil oleh setiap orang termasuk juga kanak- kanak. Ianya merupakan snek yang terbaik sesuai untuk semua golongan kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi.
Terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung.

Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita.

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tiin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tiin mengandungi ‘polyphenols' yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan.
Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Di samping itu, buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde' dan ‘coumarins'. ‘ Benzaldehyde' telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘ coumarins' adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.
  
Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi.

Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tiin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut. Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tiin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil.

Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.

Oleh yang demikian, tidak akan rugi jika kita memakan buah tiin, kerana manfaatnya kita akan perolehi jua walaupun mungkin dalam jangkamasa lama kerana kesihatan itu bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan.

Dapatkan khasiat buah tinn dalam Qaseh Gold hari ini!!

untuk tempahan / pertanyaan WA 012 6898487




No comments:

Post a Comment

Terima Qaseh atas komen anda

Untuk kesihatan & kecergasan dalaman & luaran

Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa , kencur, temukunci dan gula merah? Haaa...bukan untuk masa dalam pantang jew ta...